CeTMA Berjaya Menembusi Pasaran Indonesia



CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing Measurement and Appraisal (CeTMA) telah berjaya menembusi pasaran Indonesia melalui Program Kerjasama Berimpak Tinggi antara pihak CeTMA dengan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan Universitas Tarumanagara (UNTAR), Jakarta, Indonesia pada 20 - 21 Disember 2011. Program ini merupakan salah satu  program rentetan daripada MOU yang telah dimeterai  di antara UUM dan universiti-universiti di Jakarta pada 23 Julai 2011. Dr. Suzilah Ismail iaitu Ketua Jabatan Matematik dan Statistik di Kolej Sastera dan Sains (CAS) diiringi Dr. Ari Warokka iaitu pensyarah kanan Kolej Perniagaan (COB) telah mewakili CeTMA bagi memenuhi jemputan tersebut. Beliau yang juga merupakan perunding Statistical Consulting Unit (SCU) di CeTMA telah mengendalikan Bengkel Instrument Development & Exploratory Data Analysis di UNJ pada 20 Disember 2011 dan di UNTAR pada 21 Disember 2011. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada penggunaan kaedah statistik yang betul kepada peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar tahun akhir di kedua-dua universiti tersebut. Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut. Pihak UNJ dan UNTAR bercadang untuk meneruskan usahasama seperti ini bagi mengadakan bengkel statistik serta penyelidikan bersama dan perundingan pada masa akan datang. Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini.

Habis.  

CeTMA anjur Bengkel Statistik dalam Penyelidikan di Akademi Kastam Malaysia (AKMAL), Langkawi



CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA) dengan kerjasama AKMAL Melaka telah berjaya menganjurkan Bengkel Statistik Dalam Penyelidikan di Akademi Kastam DiRaja Malaysia (AKMAL) Langkawi, Kedah pada 26 Julai 2011-29 Julai 2011 yang lalu.

Bengkel Siri Pertama tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi ilmu kepada peserta berkenaan kaedah statistik dalam penyelidikan.

Peserta bengkel ini ialah pensyarah AKMAL, pegawai Kastam serta pelajar Kastam yang terpilih untuk bengkel perkembangan ilmu ini. Seramai 30 orang peserta daripada AKMAL termasuk Pengarah AKMAL iaitu Dato' Hj. Mohd. Sobre Ishak telah menghadiri bengkel ini.

Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Bidin Yatim telah memulakan bengkel dengan memperkenalkan proses penyelidikan serta mengaitkan peranan statistik dalam penyelidikan kepada para peserta pada hari pertama. Bengkel seterusnya telah dikendalikan oleh Dr. Suzilah Ismail (CAS) bagi mendedahkan peserta kepada tajuk berkaitan Jenis Data, Exploring Data dan pengenalan kepada pengujian hipotesis. Prof. Madya Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya (CAS), pada hari ketiga membincangkan tajuk Inferential Statistik diikuti oleh Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (CAS) yang mendedahkan peserta kepada Exploring Factor Analysis pada hari terakhir. Fasilitator telah memberi input dan pengisian yang berguna dengan penyampaian yang menarik kepada para peserta.

Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.

Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

Habis.

CeTMA berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bernilai RM580,000.00


29 SEPTEMBER 2011 / 1 Zulkaedah 1432H
=================================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
             (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) telah berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang ditawarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P), Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM580,000.00 bagi membiayai Kajian Pembinaan Instrumen Functional Graduate Index (FGI). Kajian ini diketuai oleh Prof. Dr. Rosna Awang Hashim (TNC A&A),     Prof. Madya Dr. Bidin Yatim (Pengarah CeTMA), Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (CAS), Dr. Lim Hock Eam (CAS), Dr. Haniza Yon (Pusat Psikometrik MIMOS), Prof. Madya Dr. Ainol Mardziah Zubairi (UIAM) dan Prof. Dato.’ Dr. Omar Osman (USM). Temphon penyelidikan ini bermula 15 Ogos 2011 sehingga 31 Disember 2012.

FGI (Functional Graduate Index) ialah suatu instrumen pengukuran kajian yang akan dibangunkan hasil gabungan kedua-dua kaji selidik yang telah dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) iaitu Kajian Pengesanan Graduan Susulan SKPG 2009/2010 (Tracer Study) dan My3S. Instrumen FGI ini akan mampu untuk membina profiling graduan serta dapat menganggar samada seseorang graduan itu boleh mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat belajar dan juga kecenderungan bidang pekerjaan yang sesuai diceburi oleh setiap graduan.
Objektif kajian ialah untuk menganggar FGI seseorang graduan dengan membina statistical profiling menggunakan Cox Proportional Hazard iaitu model bagi graduan berkebolehpasaran tinggi dan berkebolehpasaran rendah. Seterusnya penerokaan determinan tambahan bagi kebolehpasaran graduan daripada sumber alternatif dan pembentukan instrumen Situational Judgement Test (SJT) akan dibangunkan bagi memilih set data yang paling sesuai bagi menghasilkan model terbaik.  Hasil daripada pengukuran FGI ini boleh diautomasikan kedalam perisian komputer dan perisian tersebut boleh dipatenkan. Perisian ini diharapkan akan dapat membantu pegawai di KPTM atau IPT dalam melakukan pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap program dan strategi pembangunan holistik pelajar.
Dengan adanya penyelidikan sebegini dapat menerapkan budaya penyelidikan yang "Valid & Reliable”. CeTMA mengucapkan tahniah kepda semua penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan ini.

TAMAT

CeTMA anjur Factor Analysis and Structural Equation Modeling

FA & SEM.png


CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) dengan kerjasama Kumpulan LEADS yang diketuai oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad telah menganjurkan Bengkel Factor Analysis & Introduction to Structural Equation Modeling (SEM) pada 6 & 7 Julai 2011 di Hotel Bustani, Jitra, Kedah.

Fasilitator bengkel ini merupakan Pengarah CeTMA sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Bidin Yatim. Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Slot 1:Analisis Faktor pada 6 Julai 2011 dan Slot 2: Pengenalan Kepada SEM pada  7 Julai 2011. Menerusi kedua-dua slot ini, setiap peserta diberi latihan hands on menggunakan perisian SPSS dan AMOS.

Peserta terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah daripada UUM. Sasaran utama merupakan ahli kumpulan LEADS yang ditunjangi oleh Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya pada hari pertama, manakala pada hari kedua seramai 34 orang peserta.  

Secara umumnya, bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut. Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

Habis.